• Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000
BM
  • EN
  • CHI
  • ID

Hospital Gleneagles Medini Johor Bantu Bina Imuniti Berkelompok

Gleneagles Hospital Johor

Pemberian vaksin kepada orang awam bermula di Hospital Gleneagles Medini Johor

NUSAJAYA, 14hb Jun – Dengan misi untuk memberikan pengalaman mendapatkan vaksin yang selamat, cepat dan berkesan disamping menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Hospital Gleneagles Medini Johor hari ini telah dipilih sebagai sebuah Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) bagi negeri Johor. Pemberian vaksin kepada masyarakat tempatan telah bermula hari ini bertujuan untuk membina imuniti berkelompok untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Medini Johor, Dr. Kamal Amzan, berkata, “Persiapan untuk menjadi sebuah pusat pemberian vaksin ini telah kami mulakan seawal bulan April 2021 dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak ProtectHealth ini akan dimanfaatkan untuk membantu negara dalam membina imuniti berkelompok bagi melindung orang yang kita sayangi, dan individu-individu yang tidak boleh divaksin pada masa ini”.

Hospital Gleneagles Medini Johor sedang giat meningkatkan kapasiti untuk pemberian vaksin kepada 2000 penerima dalam tempoh masa sebulan dalam masa terdekat. Pusat pemberian vaksin ini beroperasi pada setiap hari berkerja termasuk pada cuti umum bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

“Dengan rekod pencapaian yang cermerlang dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan, kami komited untuk berfungsi sebagai pusat pemberian vaksin. Penting untuk kita bersama mematuhi setiap prosedur operasi standard meskipun telah lengkap divaksinasi. Kami juga ingin menyeru orang ramai supaya mendapatkan vaksin melalui program imunisasi ini” tambah Dr. Kamal.  

 

Menurut Pengarah Jururawat dan Ketua Program PPVHS, Puan Koon Lai Chew, “Tenaga kerja kami terdiri daripada pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan semua kategori pesakit yang menjadi sandaran untuk kami menyediakan proses pemberian vaksin yang selamat untuk semua golongan masyarakat”.

Pemilihan penerima vaksin dan tarikh temujanji untuk mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin ini akan disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pendaftaran melalui applikasi MySejahtera. Hospital Gleneagles Medini Johor dipilih untuk memberikan vaksin kepada golongan emas berumur 60 tahun keatas dan individu-individu komorbiditi.

 -TAMAT-

Untuk maklumat lanjut tentang siaran ini, sila hubungi kami di talian 075601000.


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital
Click to know more!