KENAPA PILIH KAMI

171
Katil
Berlesen
Berlesen

33+
Kepakaran
Perubatan
Perubatan

80+
Doktor
Pakar
Pakar

5
Pusat
Kecemerlangan
Kecemerlangan

130,000+
Pesakit Yang Menerima
Perkhidmatan Setiap Setahun
Perkhidmatan Setiap Setahun
Kepakaran Kami
Gleneagles berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda dalam rawatan perubatan yang meliputi pelbagai jenis kepakaran perubatan serta prosedur. Lihat perkhidmatan perubatan dan klinikal yang kami sediakan.
Lihat Semua Kepakaran

Pembedahan Am
Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pembiakan, pernafasan dan rangka otot.

Kardiologi
Kardiologi adalah pengkhususan perubatan dalam masalah jantung, termasuk mendiagnosis dan merawat kecacatan jantung kongenital serta penyakit berkaitan jantung yang lain. Pakar kardiologi adalah doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perubatan ini.

Pembedahan Ortopedik & Trauma
Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.

Onkologi
Pusat pakar onkologi perubatan di Hospital Gleneagles mengambil pendekatan holistik dalam menyediakan bantuan dan nasihat kepada pesakit tentang berbagai aspek berkaitan penjagaan kanser, termasuk pilihan rawatan, kesan sampingannya, serta perubahan gaya hidup dan penjagaan sebelum dan selepas rawatan.

Pediatrik
Pakar pediatrik menguruskan penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Pakar pediatrik adalah penjaga utama yang menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.
.webp?sfvrsn=5f0a869c_13)
Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
Obstetrik dan ginekologi adalah pengkhususan perubatan surgeri yang menguruskan kesihatan pembiakan dan organ wanita, dalam wanita yang mengandung (obstetrik) dan yang tidak mengandung (ginekologi). Pakar O&G meliputi kedua-dua pengkhusuan termasuk bersalin dan kelahiran, selain kesihatan umum bagi sistem pembiakan wanita.
Doktor
Pasukan profesional doktor dan pakar yang sangat berpengalaman sedia untuk menyampaikan perundingan dan pelan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan anda.
KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN KAMI
Wad Perubatan
Waktu melawat: 12 tengah hari – 2 petang & 6 petang – 8 malam
- Hanya 2 orang pelawat dibenarkan untuk melawat pada satu-satu masa.
- Hanya pelawat yang telah lengkap divaksin mengikut kepada ketetapan MySejahtera dibenarkan untuk melawat.
- Saringan COVID-19 adalah tidak diwajibkan.
- Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat.
- Penggunaan pelitup muka diwajibkan sepanjang masa di dalam kawasan hospital.
Wad Kritikal (ICU & HDU)
Waktu melawat: 6 petang – 8 malam
- Hanya seorang pelawat dibenarkan untuk melawat pada satu-satu masa.
- Waktu melawat dihadkan kepada 15minit setiap sesi.
- Hanya pelawat yang telah lengkap divaksin mengikut kepada ketetapan MySejahtera dibenarkan untuk melawat.
- Saringan COVID-19 adalah tidak diwajibkan.
- Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat.
- Penggunaan pelitup muka diwajibkan sepanjang masa di dalam kawasan hospital
O’Briens Irish Sandwich Cafe
- Tingkat Bawah
H Gourmet
- Tingkat Bawah
Flexzoom Optometrist
- Tingkat Bawah
7-Eleven
- Tingkat Bawah
CIMB Bank
- Tingkat Bawah
The Coffee Bean & Tea Leaf
- Tingkat Bawah
D' Daun
- Tingkat Bawah
Dome's Cafe
- Tingkat Bawah
Farmasi
- Tingkat Bawah
Maklumat Hubungan
Gleneagles Hospital is part of IHH Healthcare, one of the world’s largest healthcare groups.

Download the MyHealth360 app to access an array of medical services conveniently.
Pantai Medical Centre Sdn Bhd (Registration No.: 198101006941 (73056-D)).
Hakcipta Terpelihara. Foto adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
KKLIU 3392 / EXP 31.12.2025
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital
